Sebenarnya nak cerita apa jadi siang tadi. Pasal cik abang lah. Sebenarnya malas nak cerita banyak pasal cintan cintun dalam blog sebab nanti mesti menyesal dan menyampah nak delete. Tapi saja tulis supaya lepasni boleh baca balik dan carik lelaki yang sabar macam encik sorang ni.
Dia ni biasa-biasa. Malah banyak kurangnya. Tapi yang respek nya dia ni sabarrrrrrrr sesangat. Tak kisah mintak maaf pulak tu. Siang tadi gaduh sikit pasal dia ada second handphone luar pengetahuan aku. Well sebenarnya aku dah agak lama dah. Cuma malas nak bising. Malam tadi dia mengaku yang betul dia ada second handphone so aku rilek jela kan. Cuma rasa tersisih sebab dia tu berahsia sangat pasal no handphone dia tu. While me, being me. Marah la dia tahap gegila kuar segala perkataan sebab aku rasa insecure sangat sebenarnya.
Siap ugut nak kantoikan everything abt us dekat office dia. Aku tahu dia paling pantang sekali aku sibuk hal kerja dia. So dia ni call marah marah la. Siapa tak marah kannnnnnn?!! Hahahahaha dia pun tercabar la dan bagi la no handphone dia tu hah.
After few mins dia call balik and dengan suara lembut dia tu tanya balik. "Aisyah marah lagi ke?" Weh orang gila je tak cair dohhhh hahahahaha. "Abang mintak maaf. Abang bukan nak rahsiakan cuma memang nak tukar no lain dah lepasni. Kenapa mudah sangat nak putus ni?" Aku pun terus sebak. "Kita kena biasakan berpisah. Abang tau kan last sekali siapa yang akan ditinggalkan. Orang tau." "Aisyah jangan cakap macam tu. Takkan la orang nak lepaskan Aisyah." Yang tak boleh blah sibuk panggil nama pulak tu padahal sebelum ni elok je kau orang. Satu lagi dia ada kata macam ni "Sayang Aisyah..." Pehhhh cair siot. Hahahaha.
Untung dapat boipren macam dia. Penyabar sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment