pengikut yang setia~

Cerpendek 2

Hari-hari aku selepas itu ada bunga-bunga. Semangat rasanya ke tempat kerja walau sebenarnya tempat kerjaku jauh, adalah dalam sejam dari rumahku. Namun, tak begitu terasa. Hihi semuanya sebab lelaki seorang itu. Ini kali pertama aku rasakan bercinta dengan seseorang di bawah satu bumbung. Sebenarnya, aku tidak berapa gemar berada terlalu berdekatan. Aku jenis cepat bosan, tetapi kali ini rasanya lain. Seronok. Bahagia.

Ada kalanya, saja aku mengada-adakan kerja untukku ke tempat kerjanya yang berada satu di tingkat di bawah tempat kerjaku. Kadang-kadang aku bawa sekali biskut lebihan mesyuarat dengan secawan Nescafe panas. Oh, baru aku teringat. Mug yang aku beli di Giant masih ada padanya. Hahahaha.

Semuanya rasa sempurna kecuali satu fakta besar yang cukup pedih untuk aku telan. Dia milik seseorang. Sayang banyak mana pun, aku masih bukan boleh tandingi 'pemilik' nya yang satu itu. Aku bukan tak takut patah hati, bila mana nanti dia akan pilih untuk setia bersama keluarganya. Aku takut. Tapi tak tahu kenapa, aku selalu rasa bahagia di samping dia. Wanita itu, Adam gelarkan nya Mem as in Madam. Aku paling tak suka bila Adam sebut-sebut fakta tu. Aku dah lama tahu, tak perlu nak ingatkan tiap kali.

Malam tadi, dia bikin aku jatuh cinta kali keberapa aku tak ingat. Tetapi dia sweet lebih daripada biasa. Aku khabarkan pada dia, badanku masih panas dan aku sebenarnya sengaja perlukan perhatian. Dia dengan selambernya berkata, "Orang datang kejap lagi. Jumpa tempat biasa." Walau aku halang dengan alasan risaukan dia penat, dia berdegil mahu juga ke sini. Dia belikan aku setin air milo dan bubur ayam mcd selepas aku mengadu tekakku sakit dan tidak boleh menelan makanan pepejal. Dia ikutkan saja sambil pesan supaya aku tidak lupa makan ubat.

Yang lebih buat aku tersenyum, malam tadi kami berjumpa di 'tempat biasa'. Tempat biasa tersebut adalah sebuah stesen minyak. Satu tabiat yang kami berdua kongsi ialah kami berdua sukakan 'chewing gum' well sebenarnya aku tak ada lah suka sangat, cuma dia berjaya pengaruhi aku. Jadinya malam tadi, aku lihat tiada tanda dia sudah sampai lalu aku turun dari kereta dengan niat ingin membelikannya 'chewing gum' tersebut tanpa menyedari sebenarnya dia sudahpun ada di dalam kedai dengan 'chewing gum' tersebut. Kau bayangkan senyuman itu bila sama-sama berpandangan dengan sengihan yang hanya kami faham. Saat itu, aku rasakan bagai waktu terhenti. Hai, indahnya bercinta.

**bersambung kalau rajin

No comments:

Post a Comment