pengikut yang setia~

Belum lagi.

Assalamualaikum.

Selepas ex aku yang tu tu kahwin, seorang lagi kahwin. Tipu lah kalau cakap aku tak rasa apa-apa, to be honest aku koyak jugak ah satu hari tu. Duduk dalam bilik sewa aku tu gelap-gelap sambil nangis teresak-esak. Sama macam hari kami putus. Semua memori datang balik, macam mana kami first time jumpa, macam mana kami sama-sama gaduh sambil rasa nak terbalik dunia. Semua nya fresh lagi dalam otak. Kau sebut.....aku boleh cerita dari A sampai Z.

Beza kali ni, aku lebih matang dan bersedia. Aku cakap pada diri sendiri; "Aisyah, kau nak nangis boleh. Tapi janji sampai harini habis, kau kena berhenti." dan Alhamdulillah, petang tu aku dah ok. Mak, Farhan dengan this one guy banyak bantu. Mak lah paling banyak sokong. Tengok semua gambar wedding dia tu buat aku janji untuk improve diri dengan lebih baik. Aku tak nak gemuk macam wife dia, aku taknak hantaran macam diorang, aku nak diri aku wayyyyyyyyy better than this couple. Macam mana? Kena usaha lah, antara cara nya adalah tidak berkahwin dalam masa terdekat. Aku ada banyak lagi benda nak beli, nak buat. 

Mak pernah cakap lepas diploma baru fikir pasal kahwin, tapi sekarang aku ada few more months je nak habis diploma tapi kan perasaan nak kahwin tu sendiri tersimpan rapi dalam hati. Satu je - Belum lagi. 

Korang doa yang baik-baik ok untuk aku? InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment