pengikut yang setia~

Journey in Kuantan.

Assalamualaikum dan alhamdulillah dengan segala rahmatnya, aku dah pun habiskan 2 tahun 6 bulan di Kuantan. Banyak kenangan suka dan duka, jatuh bangun di sana, terpaksa aku perlahan-lahan tinggal. Setiap satu sudut di Kuantan, ada kenangan tersendiri dan tak cukup kata-kata untuk aku cerita satu persatu. Cukuplah semuanya tersimpan di kepala dan hati. Ada masanya sampai terasa seperti ingin angkat bendera putih dan mengaku bahawa aku tak lagi kuat untuk teruskan semua ini. Namun, Allah lebih mengetahui dan memahami. Hari ini 24/11/2014 tarikh dimana aku akui aku sebenarnya lebih kuat dari yang disangka.

The Rowleys. Nama tu sebenarnya ramai je yang tak setuju namun ia sendiri nya lali dan tersemat kemas untuk kami namakan 'keluarga' kami. Orang keliling ada yang tumpang gembira dan tak kurang jugak ada yang jelak sambil buat muka menyampah. Well, orang yang tak suka ni satu je --- dia cemburu dengan apa yang kita ada :) apa yang pasti, kami masih bahagia despite all the jealousy and all annoyed faces. Terima kasih The Rowleys, kerana sentiasa ada di jatuh bangun dan sama-sama teruskan 4/5 semester di sini.

Selain roommates, housemates, classmates. Ada juga aku berjumpa beberapa insan yang maknanya untuk ajarkan aku sesuatu sekurang-kurangnya sebelum aku angkat kaki. Ramai sebenarnya, tapi kali ni rasa nak cerita pasal ZS. ZS ni aku kenal dari semester satu. Tipu tak sayang dan tipu kalau tak memberi makna dalam hidup walaupun betapa kuajo nya dia. hahaha salah aku juga sebab terlalu get attached. We stopped talking few times, and few days before nak balik ni. Saja aku kirimkan pesanan dan bilang, aku mahu 'blah' dari Kuantan. ZS masih ZS yang aku kenali, manis mulutnya dan aku juga yakin dia masih tak dapat lupakan senyum aku, gelak dan tangis aku di dalam keretanya waktu sem 4 haritu. Aku sendiri akui, ZS lebih sentimental. Ada banyak benda yang kaitnya ada dengan aku, disimpan rapi dalam dompet coklatnya. Malam itu....

"Assalamualaikum, ni Aisyah eh?"
"Esok kita keluar sarapan ya, orang jemput dia."
 "Besok siapa hantar pergi terminal? orang hantarkan eh?"

ZS buat biasa. Dia lupa ke apa dia buat pada aku? jawab aku senang.

"Kenapa dia tergamak tinggalkan orang. Dia tau kan macam mana seksanya orang? Dahlah, sekarang orang menyesal kenapa orang contact dia balik."

Memang aku menyesal. Terutama lepas bangun pagi tu, aku dapat tau, dia dah pun block no aku. Jahatnya manusia nama Zaikhan Shariff ni. Pergi tanpa pamit. Kejam. 

Well hidup kena teruskan walau tahi mana hidup kau. Sebab aku tau, dalam semua tahi busuk tu, mesti ada jua bahagia. You just need to walk with ur chin up, Aisyah.


No comments:

Post a Comment