pengikut yang setia~

Perginya dua butir permata :)

ok . AMARAN : ini entry sedih . bersedia dengan sapu tangan pink di tangan anda :)




nak cerita tentang dua orang yang cukup bermakna dalam hidup aku dari 2010 . masa itu aku form 4 . aku cerita sorang2 dulu la ye . 


Ustaz Ismail dan semua askar2 nya :)


aku cerita pasal En Ismail bin Jaafar dulu ok ? masa mula2 aku jejakkan kaki dalam SMK Puchong Permai , orang pertama yang aku jumpa beliau lah . Ustaz Ismail , masa tu sangat segak dengan baju melayu dan songkok tinggi nya . mengalahkan ADUN Serdang :P aku jumpa beliau dekat foyer . foyer tu bawah pejabat :) dia tanya aku , daftar untuk tingkatan 4 ye ? peh , dia dah bagi aku tanggapan baik masa mula2 tu . walaupun , aku tak redha nak sekolah situ . at least , aku ada Ustaz #tetiba .


lepas tu , aku ingat lagi . Ustaz bagi aku RM 10 . sebab apa ? sebab aku sorang je yang berjaya jawab soalan dia . mula2 , aku tak tahu pun ada ganjaran kalau jawab soalan beliau dengan betul . Ustaz dok tanya2 , siapa pun tak boleh jawab . sebenarnya aku dari mula , aku dah tahu jawapan nya . tapi , aku malu bhaiii . kang orang cakap apa pulak . aku malas . hihi . nak tahu soalan nya apa ? ' macam mana kita nak tahu , mandi wajib kita tu sah atau tak ? ' jawapan nya mudah = YAKIN :) terus aku dengan bangganya dapat RM 10 daripada Ustaz . kembang kempis hidung aku 15 saat :P


Nak cakap semua nya baik dengan Ustaz , tak jugak . ada lah jugak sekali , dua sentap degan Ustaz . kenapa ? tak payah lah tahu kan ? yang penting , aku dah lama maafkan :) 


Ustaz Ismail ni kata nya nak pindah PPD . memang down lahh budak2 kat sekolah 2 . lagi2 lah budak2 form 5 . dorang perlukan Ustaz Ismail lebih daripada yang lain . Ustaz tu penanda kertas Pendidikan Islam SPM . masa kitorang lepas trial hari tu pun , Ustaz banyak buat Drilling . dia bagi semua nya yang dia boleh bagi . banyak soalan sekolah2 lain dia paksa suruh kitorang buat . masing2 buat muka toya dalam surau . aku ingat lagi :) tapi , kitorang tak pernah bosan . mana tak nya , Ustaz pandai tarik perhatian budak2 . aku pun sedih , apatah lagi budak2 kat sekolah 2 . budak form 5 , budak sofbol , budak Kadet Polis :(



Encik Bushrah hensem :)

Encik Bushrah ni pon sangat best ! dia ajar kitorang Sejarah dua tahun . sebenarnya , kata nya aku lah orang pertama yang tahu hal yang dia nak pindah sekolah . aku ingat dia main2 je . sekali betul . semalam , aku datang sekolah cari beliau . tak jumpa lahhh . sedih . sumpah sedih . mesti rasa lain kan takde dia . selalu nya ada je cikgu kat atas pentas setiap hari Isnin . 

Aku ingat lagi keletah cikgu Bushrah . macam budak2 . aku ingat lagi .

aku  : semalam cikgu hensem lah , pakai baju biasa :)
cikgu : ye ke ?
aku : yelahh . hensem .
cikgu : kalau tak pakai baju ?
aku : -________________-

sumpah banyak cerita aku dengan Cikgu Bushrah . aku dah sayang dia macam bapak aku sendiri :( aku ingat lagi , setiap hari jumaat aku akan usik dia . " cikgu nak pergi nikah lagi satu ke ? " " cikgu , cikgu macam ADUN Seri Kembangan lahhh :D " mana tak nya , dia hensem sangat berbaju melayu :)


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979 

kalau betul korang sayang En Bushrah , korang mesti tahu sajak ni kan ? terngiang-ngiang lagi betapa emosional nya beliau mendeklamasikan sajak ni :) bila agak2 dapat dengar lagi ye cikgu ? 

ingat lagi masa seminggu sebelum SPM , cikgu beriya2 suruh photostat nota 2 . aku pulak wat ilek wt peace , tak photostat . sekali soalan spot cikgu 2 , keluar SEBIJIK ! masa 2 peh , cikgu sangat bangga . soalan yang dia spot last minute 2 , keluar . cuma dia agak menyesal sebab tak bagi awal2 . takpe cikgu , janji cikgu dah usaha kan ? 

sayang cikgu berdua ketat2 . eyekkk . haha :D harap jumpa lagi lepas ni .


No comments:

Post a Comment