pengikut yang setia~

jiwa kosong

Assalamualaikum ,

hampir seminggu Mr.blog ni tak dibelai . maaf ya encek blog . saya sayang awak ! ( macam shuib cakap kat dafi )

ya . aku baru je putus cinta . korang mesti tak percaya . beriya hari tu . siap mr right bagai . ya , aku betul2 tengah frust ni . gagahkan diri untuk ceritakan pada korang betapa pedihnya hati ni . aku sangka aku cukup tabah bila dia buat aku begini . tapi , tadi malangnya . air mata ni gugur juga . gelak dan bertepuk sakan lah korang . bila aku sekali lagi kecundang di medan percintaaan . awww , jiwang tak jiwang . 

ya , aku bodoh . bodoh bila terlalu senang percayakan seseorang . nasib baik , aku dah mula siapkan diri awal2 lagi . teman sampai mati aku pun ada nasihatkan . bila aku cuba untuk memberi dia peluang kedua . jangan terlalu berharap . ya , terima kasih babe . aku sayang kaw . tapi , di hujung hati ni . mesti ada rasa dipermainkan kan ? walaupun sikit . betul tak ? macam mana pun aku cuba nafikan , ya . aku sedih . kalau tak , masakan aku menitiskan air mata hanya untuk seorang insan yang bernama LELAKI

dan dia dah pun telefon aku semula . cuba slow talk . tapi , selagi lagi . air mata ni tumpah bila berbual dengan dia . nasib tak ada depan dia . kalau tak , basah dah baju dia . habis aku lap air mata juga hingus . dia mula pujuk aku . " awak , tolong berhenti menangis sebab saya "

macam mana ?! aku terlalu sayangkan dia . sehinggakan aku ambil endah tak endah bila dia menyakiti aku diam2 . aku biarkan . asal sahaja aku ada di sampingnya . betul . terlalu dalam cinta aku pada dia . entahlah . lebih baik aku bersendiri dan muhasabah diri . mungkin ada dosa yang tanpa aku sedari telah pun aku lakukan . 

pada awak , saya cuba untuk lupakan awak . dan my first step is ....



aku telah pun buang botol kesayangan aku a.k.a botol pemberiannya . hampir setahun aku berdamping dengan awak , encek botol . haha . dengan botol pon boleh berdialog ke ? betul2 , sakit jiwa ni .

pada korang , tolong doakan aku cukup kuat untuk buktikan pada dia yang aku boleh hidup tanpa dia . insya Allah ~


kalaulah aku tak pernah kenal dia , aku tak akan jadi lemah sebegini .

tapi , sebab dia lah aku kenal diri aku sendiri .

dan boleh ubah diri aku menjadi insan yang lebih tabah dan kuat .

No comments:

Post a Comment