pengikut yang setia~

APRIL FOOL !

Assalamualaikummm ,


april fool ? aku bukan nak cerita apa2 tentang hukum hakam menyambutnya . cuma nak share cerita tentang pengalaman masa 1st april 2008 .


haha . apa yang menarik nya ? masa tu , aku tak tahu lagi hukum hakam menyambutnya . apa lagi . mula la nak sakat junior . ( masa 2 aku form 2 , dan masih stay ostel )


aku dan teman sewel aku , trina ( bukan nama sebenar ) mula merancang strategi . kitorang buat meeting tergempar ! marah sana , marah sini . padahal , tak ada benda sebenarnya pun . siap tahan gelak sampai sakit perut kodd melihat muka dorang yang sangat innocent . yela . cuak kena marah kan ?


lepas dah marah-marah , aku dengan trina pun cakap pada dorang .



" ha , nanti . lepas kelas PREP , pergi office . encek saidin nak jumpa "
" kenapa kak ? "
" pergi jela . banyak tanya pulak "
( buat2 serious )
" ok kak "

dorang pun keluar dorm . aku dengan trina mula bantai gelak . dan mula bayangkan apa yang dorang akan hadapi nanti . 

fyi , encek saidin 2 kira kerani la kat office ostel kami 2 .

dah habis PREP 2 memang kitorang perasan la yang junior2 ni pergi dengan semangat wajanya . haha . gelak lagi . kahkahkah .

sekali tiba2 . 

' perhatian kepada siti aisyah dan putri diyana . sila ke pejabat sekarang . perhatian sekali lagi kepada siti aisyah dan putri diyana . sila ke pejabat sekarang . '

mak aihhh . cuak bhaiii . aku dengan trina mula pucat . ha 2 la . buat junior lagi . kitorang tekad tak nak turun pejabat . mana tak nya , cuak kodd .

dorang pon balik . rupa2 nya , pn. sabariah nak kenakan kitorang balik . hahaha . kami lagi pandai la puan ! pn. sabariah ni kira orang atasan la .

budak2 ni mula marah kitorang . kitorang apa lagi , gelak jela . dorang terpaksa redha dengan perangai kakak2 seniornya yang gila !


p/s : tiba2 , rindu kat ostel . rindu kat trina jugak . :(

No comments:

Post a Comment